Berkahwin Itu Satu Amanah
Namun begitu, ramai kenalan saya, bila saya tanyakan apa niat mereka berkahwin; masing-masing memberikan jawapan-jawapan yang tersendiri. Antaranya, demi mengikut sunnah Rasulullah SAW, mahu memperbanyakkan keturunan umat Islam, mengelakkan diri daripada zina, perlukan teman hidup dan paling utamanya, kerana cinta dan sayang.
Tetapi tidak ramai yang menjawab bahawa perkahwinan itu adalah untuk menjaga amanah.
Bila kita menyebut amanah, bunyinya memang amat berat dan penting sekali bahkan ia tidak sesekali boleh diambil mudah. Disebabkan itulah, salah satu tujuan berkahwin adalah untuk menjaga amanah diri dari terjerumus dalam perangkap nafsu syahwat, sepertimana sabda Rasulullah SAW:-
“Hai para pemuda!
Sesiapa yang mampu memikul tanggungjawab berumahtangga, maka berkahwinlah!
Kerana perkahwinan itu dapat menjaga mata dan kemaluan (dari dosa).
Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu.”
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Selain itu, beban amanah bagi seseorang yang sudah bergelar suami juga tidak kurang beratnya. Adakalanya, saya suka bertanya pada kenalan-kenalan yang tidak lama lagi akan menjadi bakal pengantin baru mengenai soal kefahaman mereka akan tanggungjawab sebagai suami.
Yang mereka teruja cuma detik-detik nak mengharungi malam pertama.
Entah kenapa takrifan ‘tanggungjawab’ itu lebih berkisar nafkah batin semata-mata berbanding nafkah zahir yang lebih besar cabangnya dan lebih penting untuk diutamakan.
Cuba telitikan perkara berikut sebagai satu checklist:-
Cuba telitikan perkara berikut sebagai satu checklist:-
- Adakah kediaman yang kita sediakan itu selamat dan selesa buat isteri kita?
- Cukupkah makan dan minum isteri kita, dari segi khasiat dan kualitinya?
- Bagaimana pula dengan pakaian, perhiasan isteri kita yang mesti dibeli untuknya?
Oleh itu, jika tidak dipenuhi berdasarkan kehendak syarak, maka tidak sempurnalah amanah yang kita galas sebagai seorang suami.
Seterusnya, ilmu di dada juga perlulah di tahap yang memadai, merangkumi fardhu ain, fardhu kifayah, ilmu al-Quran dan lain-lain lagi. Malangnya saya kerap lihat, ramai suami sendiri jahil dalam beragama, itu belum lagi yang tidak solat, tidak tahu baca al-Quran dan sebagainya.
Bahkan malas pula nak menuntut ilmu agama dengan berbagai-bagai alasan.
Isteri adalah satu amanah untuk kita uruskan, jika dia jahil tentang agama, kita ubatinya dengan ilmu pengetahuan dan jika dia tersilap atau keliru, kita berikan tunjuk ajar yang betul. Itu sebenarnya tugas si suami, bukannya tok guru, ustaz dan ustazah, mufti dan lain-lain.
Lebih-lebih lagi, dosa mereka akan kita tanggung selepas ini, maka tidak sepatutnya kita biarkan isteri kita melakukan kesilapan dalam kejahilan.
Bagi yang bergelar isteri pula, amanah utama mereka adalah menjaga kehormatan diri, anak-anak dan rumahtangga suaminya. Jangan sesekali berbuat nusyuz (derhaka) pada suami dan senantiasa taat kepada suruhannya melainkan dalam hal-hal yang bercanggahan dengan syariat Islam.
Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW mengenai amanah seorang isteri:-
“Apabila seorang isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat serta patuh kepada suaminya, akan dimasukkan ke dalam syurga.”
Hadith Riwayat Ibn Hibban dan at-Tabrani
Cuma ramai isteri tidak seperti begini. Masing-masing lebih suka mengikut rasa hati. Kadang-kadang saya jadi hairan, bila ada masalah dalam rumahtangga, si isteri sendiri yang mencari punca untuk menyakitkan hati suaminya. Kononnya, nak bagi si suami rasa apa yang si isteri rasa.
Padahal tindakan itu berdosa besar; takkan kita tak terbaca akan hadith Rasulullah SAW mengenai akibat keingkaran isteri yang sengaja tidak mahu ke katil bila dipanggil suami, lalu para malaikat akan melaknatnya sehingga ke pagi. (Hadith Riwayat al-Bukhari)
Itu sebabnya niat adalah perkara yang paling penting dipasang bila hendak berkahwin. Kalau sebab sayang, ia akan hilang juga bila krisis melanda. Kalau sebab cinta, sampai bila saja akan bertahannya.
Tetapi jika kita berkahwin kerana menjaga amanah, maka selagi kita taat dan takut kepada Allah SWT, selagi itulah amanah itu akan kita pegang.
Wahai suami,
Rumahtangga mu bukan tempat untuk kamu memerintah bagaikan raja tetapi itulah amanah terbesar untuk dipikul dan dijaga sehingga akhir hayat. Jika tidak sempurna, maka nantikanlah apa yang akan tersedia di akhirat buat mu.
Rumahtangga mu bukan tempat untuk kamu memerintah bagaikan raja tetapi itulah amanah terbesar untuk dipikul dan dijaga sehingga akhir hayat. Jika tidak sempurna, maka nantikanlah apa yang akan tersedia di akhirat buat mu.
Wahai isteri,
Suami adalah pintu syurga mu, amanah yang Allah SWT pinjamkan di dunia ini sahaja. Jangan sesekali derhaka mahupun sengaja menyakiti hati suami mu kerana bidadari syurga senantiasa menunggu mereka di syurga nanti untuk mengambil mereka dari mu.
Suami adalah pintu syurga mu, amanah yang Allah SWT pinjamkan di dunia ini sahaja. Jangan sesekali derhaka mahupun sengaja menyakiti hati suami mu kerana bidadari syurga senantiasa menunggu mereka di syurga nanti untuk mengambil mereka dari mu.
Wallahua'lam
Post a Comment