Nipisnya Nilai Sensitiviti Kita
Zaman sekarang, kebanyakan orang kurang sensitiviti dalam diri sendiri. Entah mengapa dalam masyarakat Melayu Islam yang terkenal dengan budi bahasa yang tinggi sejak turun temurun, nilai ini tidak lagi menjadi penanda aras kematangan dan kecerdikan seseorang.
Mungkin kita kurang dididik dengan nilai-nilai Islam sejak kecil lagi, mungkin juga kita sendiri yang sengaja melupakannya. Bahkan anak-anak kita juga telah terikut-ikut perangai ibu bapa masing-masing tatkala ini.
Malang sekali, bukan seorang dua sahaja anak-anak dari generasi millenium kini yang akhlak Islamnya semakin menipis dan terkakis. Kekurangan budi bahasa yang perlu disemai dari kecil juga tampak lunturnya dari perhatian ibu bapa masakini.
Bukan sahaja anak-anak kurang menghormati ibu bapa sendiri malah orang-orang yang lebih tua dari mereka.
Bukan sahaja anak-anak kurang menghormati ibu bapa sendiri malah orang-orang yang lebih tua dari mereka.
Lalu lahirlah satu generasi yang ‘janggal’ bila diperingatkan tentang nilai budi bahasa dalam kehidupan seharian. Cukuplah dengan mempunyai segulung ijazah di tangan, seseorang itu sudah boleh diiktiraf kepandaiannya.
Sedangkan kita memiliki sifat-sifat mazmumah yang semakin menebal dari hari ke hari. Adakalanya kita tidak menjaga lisan sehinggakan ada hati yang disakiti, kemudian dari perangai kita yang sambil lewa serta mementingkan diri sendiri membuatkan kita susah untuk menjaga perasaan orang lain.
Yang lebih teruk adalah sifat suka menunjuk-nunjuk demi mengharapkan sebakul pujian.
Yang lebih teruk adalah sifat suka menunjuk-nunjuk demi mengharapkan sebakul pujian.
Ada saya lihat di Facebook beberapa orang kenalan leka menceritakan diri mereka telah naik pangkat dengan gaji yang besar ataupun baru sahaja menerima bonus yang amat banyak. Selain itu, mereka suka menayangkan gambar-gambar barangan mewah yang mereka telah beli atau miliki.
Kadangkala mereka sibuk memasukkan status demi status mengenai mereka melancong ke luar negara atau di tempat-tempat eksklusif.
Kadangkala mereka sibuk memasukkan status demi status mengenai mereka melancong ke luar negara atau di tempat-tempat eksklusif.
Secara amnya, tiadalah apa-apa yang salah melakukan hal sebegini. Tetapi inilah yang menyuburkan sifat suka menunjuk-nunjuk di dalam diri serta merebaknya penyakit takbur, sum’ah dan ri’ak dari masa ke semasa.
Tambahan pula, mereka tidak mampu berfikir yang ada di kalangan rakan-rakan Facebook mereka tidak mewah dan tidak senasib seperti mereka. Bagi yang mempunyai nilai sensitiviti yang menebal di dalam diri pasti terasa yang tindakan itu boleh mendatangkan rasa kecil hati pada yang kurang bertuah.
Bila saya tegur, mereka segera membidas dengan mengatakan itu adalah sesuatu kepuasan dan nikmat rezeki yang perlu diraikan. Alangkah ceteknya pemikiran seperti ini.....
Saya petik satu kata-kata dari Syeikh Abdul Qadir Dastuti:-
“Seorang hamba tidak patut berbangga dengan ilmu, harta, jabatan yang dimilikinya sebelum ia selamat melintasi titian sirat.
Apa gunanya pujian manusia jika kita tetap terjatuh ke dalam neraka pada hari kiamat nanti?”
Kerana itulah saya katakan didikan orang-orang zaman dahulu lebih unik dan berseni.
Pernah saya (sewaktu kecil) diingatkan supaya tidak makan yang sedap-sedap di hadapan kawan-kawan yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Apatah lagi jika saya sendiri tidak cukup makanan untuk dikongsi bersama.
Pernah saya (sewaktu kecil) diingatkan supaya tidak makan yang sedap-sedap di hadapan kawan-kawan yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Apatah lagi jika saya sendiri tidak cukup makanan untuk dikongsi bersama.
Mulanya, saya tidak memahami suruhan ini memandangkan itu cuma makanan sahaja. Tetapi inilah cara kita diajar mengenai nilai sensitiviti yang menyemai sikap timbangrasa dan menjaga perasaan orang lain.
Dengan penerapan nilai sensitiviti sebeginilah kita dapat menebalkan rasa hormat-menghormati sesama manusia, tanpa mengira kedudukan, pangkat, darjat, kekayaan, latar belakang keluarga dan sebagainya. Cuba kita hayati style Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dalam mempraktikkan nilai sensitiviti dalam kehidupan seharian beliau.
Suatu hari ketika mula-mula Tok Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, isteri beliau, Puan Sabariah pernah meminta izin untuk membeli sedikit barang kemas untuk dipakai.
Maka Tok Guru menjawab:-
“Tidak elok kita pakai banyak perhiasan.
Nanti kalau kita pergi melawat rakyat miskin, mereka tengok dan mungkin akan cemburu.
Apabila dia minta daripada suami, suaminya tidak mampu pula hendak belikan lalu bergaduh jadinya.
Sebab kita, mereka pula bergaduh.”
Wallahua'lam
Post a Comment