Kami Dengar Dan Kami Taat
"Kami dengar dan kami taat"
Ini merupakan ungkapan dalam ayat ke-285 dalam surah al-Baqarah yang sepatutnya kita jadikan pegangan dalam kehidupan sebagai Mukmin yang sejati. Perintah Allah SWT yang telah tercatat di dalam al-Quran itu adalah sesuatu arahan dan suruhan yang bersifat muktamad.
Tiada kompromi mahupun fleksibiliti yang boleh diminta daripada ketetapan yang diwahyukan itu melainkan kita wajib mematuhi tanpa sebarang dolak-dalik.
Tiada kompromi mahupun fleksibiliti yang boleh diminta daripada ketetapan yang diwahyukan itu melainkan kita wajib mematuhi tanpa sebarang dolak-dalik.
Tiada isu 'tunggu hati ikhlas', 'belum dapat hidayah' ataupun 'tidak relevan' dan 'ketinggalan zaman' perlu wujud sekiranya kita mengakui bahawa keislaman di dalam diri ini adalah benar dan tulen. Jika tidak, maka mungkin Islam yang kita miliki ini adalah sekadar ikut-ikutan ataupun pegangan yang diwarisi melalui keturunan semata-mata.
Sedangkan kita tidak faham bahawa Islam itu menyuruh kita agar 'tunduk' kepada segala perintah Allah SWT.
Masakini semakin ramai manusia yang mempertikaikan suruhan Allah SWT di dalam al-Quran. Kita ketepikan orang-orang kafir memandangkan fitrah mereka adalah memusuhi agama ini dan tidak akan berehat selagi umat Islam tidak mengikut pegangan yang mereka agungkan.
Tetapi segelintir umat Islam sendiri ada yang memperlekehkan secara terang-terangan tanpa sebarang rasa berdosa kepada Allah SWT.
Tetapi segelintir umat Islam sendiri ada yang memperlekehkan secara terang-terangan tanpa sebarang rasa berdosa kepada Allah SWT.
Mari kita hayati kisah permulaan pengharaman arak kepada umat Islam.
Saat turunnya wahyu daripada Allah SWT yang melarang umat Islam meminum, menjual malah menyimpan arak; seluruh penduduk Madinah segera memecahkan tong-tong arak di rumah masing-masing. Sehinggakan ada riwayat yang menyatakan tanah di Madinah ketika itu basah dengan arak yang dibuang.
Saat turunnya wahyu daripada Allah SWT yang melarang umat Islam meminum, menjual malah menyimpan arak; seluruh penduduk Madinah segera memecahkan tong-tong arak di rumah masing-masing. Sehinggakan ada riwayat yang menyatakan tanah di Madinah ketika itu basah dengan arak yang dibuang.
Inilah contoh kepatuhan yang jitu dan dikagumi.......hasil dari keimanan dan keislaman yang sejati.
Tetapi umat Islam sekarang tidak begitu. Kita leka berlengah-lengah dalam melaksanakan suruhan Allah SWT biarpun sudah terang lagi bersuluh dicatatkan di dalam al-Quran. Saya tidaklah perlu memberikan anekdot-anekdot yang telah berlaku di tanahair kita sendiri, anda semua pasti sudah sedia maklum dan faham.
Jadi, di manakah silapnya? Tanyalah iman dan muhasabahlah diri.
Mematuhi perintah Allah SWT bukan sahaja sekadar dalam ibadah fardhu ain sepertui solat, puasa, zakat, menunaikan haji, bahkah skopnya lebih besar dan menyeluruh ke segenap kehidupan kita. Banyak panduan dan perintah yang digariskan di dalam al-Quran sebagai tunjuk ajar Allah SWT kepada kita semua.
Namun kita masih sengaja membutakan mata dan menipu diri sendiri.
Al-Quran cuma dibaca dengan taranum (berlagu) sahaja tanpa kita peduli isi kandungan yang wajib difahami dan diikuti. Maka tidak hairanlah umat Islam kini tampak 'sakit' Islamnya tetapi mereka tetap tidak mahu sedarkan diri. Bila diperbetulkan dan ditunjukkan, mereka menentang dan membidas dengan pelbagai hujahan.
Lalu wujudlah generasi Muslim yang suka memilih-milih mana perintah Allah SWT yang relevan dan menguntungkan mereka sahaja. Jika tidak dirasakan sesuai dengan keperluan hawa nafsu mereka sendiri, maka dikeluarkan pula bermacam-macam fatwa dan alasan yang kononnya mengharuskan apa yang dilarang.
Ingatlah pada amaran Allah SWT ini sewaktu menegur perbuatan orang Yahudi yang berani mengubah-ubah hukum di dalam kitab Taurat:-
"Adakah patut kamu semua beriman dengan sebahagian kitab dan kamu ingkar dengan sebahagian kitab yang lain.
Maka tiadalah balasan bagi mereka yang melakukannya melainkan kehinaan di dunia dan pada hari kiamat nanti mereka akan dikembalikan kepada azab yang sangat pedih."
Surah al-Baqarah 2:85
Tidakkah kita nampak persamaaan sifat generasi Muslim yang 'sakit' ini dengan sifat kaum Yahudi yang telah dilaknat Allah SWT atas kemungkaran yang mereka sengaja lakukan?
Kita kata kita benci Yahudi atas kezaliman yang mereka lakukan, tetapi dalam sedar atau tidak kita juga sedang mengikut-ikut sifat orang Yahudi ini.
Wallahu'alam
Post a Comment